Wednesday, June 9, 2010

SAJAK MOTIVASI

Masa terus bergerak dan keadaan banyak berubah
Manusia dan kawasan persekitaran juga berubah
Kemajuan dan pembangunan berada di merata tempat
Masih ada juga tempat yang tiada banyak perubahan
Masih ada udara segar dan air sungai yang jernih
Suasana kehidupan yang tenang
Tiada individualistik dan tiada materialistik
 
Manusia tidak serupa perjalanan hidup masing-masing
Dulu ada kesusahan, sekarang pun ada orang susah
Dulu ada kesenangan, sekarang juga ada orang senang
Kesusahan dan kesenangan adalah subjektif
Berdasarkan perspektif individu
Lain orang, lain perspektif dan rasa
Orang lihat mereka susah, tapi tidak
Orang nampak mereka orang senang,
Susah senang itu ikut hati masing-masing
Sedikit dan bersyukur, hati senang
Banyak tetapi rasa tidak cukup, hati susah
 
Dulu ada anak yang bapanya penoreh getah
Sekarang juga ada anak penoreh getah…
susah juga… jika harga getah rendah
Ada yang emaknya juga turut membantu menoreh
Bagi ringankan beban, bantu suami membesarkan anak
Ada juga hanya petani menanam tanaman pisang, sayuran
Di samping menternak lembu, ayam, kambing
Ada juga yang mengerjakan sawah padi
Tidak susah membeli beras kalau ramai anak
Selalu juga berlaukkan ikan keli, haruan, betuk
Kelapa tanam sendiri dengan cili dan sebagainya
Orang kampung begitulah usaha untuk kehidupan
 
Yang ada kesedaran menghantar anak belajar
Walau pun susah menanggung belanja sekolah
Anak mereka mesti diberi pelajaran
Biar kehidupan mereka lebih bagus
Jangan jadi seperti bapa mereka
Yang tidak berpelajaran tinggi
Habis belajar keluar universiti dapat kerja bagus
Gaji besar, rumah besar, kereta besar
Bangganya ibu dan bapa mereka
Mereka ini menjadi kelas pertengahan pada masa itu
Mereka agak mewah dan ada kedudukan dalam masyarakat
Pendedahan dan ilmu pengetahuan mereka agak luas
Begitulah peranan ilmu dan hasilnya
 
Bagi golongan yang kurang bernasib baik pula
Peluang mereka berbeza
Ada yang belajar hingga darjah 6 sahaja
Ada yang tidak minat bersekolah
Ada juga anak lelaki yang membantu ayah mereka bekerja
Ada anak perempuan yang tidak digalakkan bersekolah
Anak perempuan tolong buat kerja rumah
Tolong jaga adik, memasak, mengemas rumah
Ada juga anak perempuan bersekolah sampai darjah 6
Apa sebab berlaku begini keadaannya?
Mereka sebenarnya tiada kemampuan perbelanjaan
Bilangan anak yang ramai hingga 10 orang atau lebih
Ditambah dengan keadaan pemikiran pada masa itu
Kesempitan hidup menghalang mereka ke sekolah
Kesempitan hidup sebagai alasan
Mungkin juga pemikiran adalah puncanya
 
Pentingnya ibu bapa mempunyai ilmu pengetahuan
Dan pemikiran yang luas
Ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan keperluan dan perkembangan semasa
Dengan itu mereka dapat membimbing dan memberi panduan
 
Bagi golongan yang berpendidikan tahap ijazah,
Pembacaan dan penerokaan ilmu perlu diteruskan
Bacalah buku-buku ilmiah dan perkembangan diri
Tingkatkan potensi diri atau pembangunan diri
Ikuti kursus pembangunan diri atau kemahiran tertentu
 
Ibu bapa sekarang yang tidak berpelajaran tinggi
Anak-anak mereka mesti jadi lebih baik
Mereka boleh menasihat atau membimbing anak
Syaratnya mereka ada ilmu pengetahuan yang cukup
Ramaikah yang membaca meningkatkan ilmu?
Ramaikah yang menghadiri kursus pembangunan diri?
Perlu diadakan kursus kepada penoreh getah, operator kilang, buruh am, kerani, pekebun, nelayan, peniaga kecil, surirumah sepenuh masa,
Kursus atau seminar wajib kepada ibubapa setiap tahun.
Untuk melahirkan warganegara berketrmpilan
Kepada setiap anak-anak
Melahirkan anak-anak yang berguna kepada masyarakat dan Negara
Berjasa membantu kejayaan, kekuatan dan kemajuan Malaysia          

No comments:

Post a Comment